Cili Santa Fe Grande ialah sejenis cili dari kumpulan Capsicum annuum yang terkenal dengan warna cerah dan rasa manis pedas yang ringan. Cili ini juga dikenali sebagai Yellow Hot Chili atau Guero Chili, dan sangat popular dalam masakan Amerika Syarikat, terutamanya di kawasan barat daya seperti Arizona dan New Mexico
Cili Santa Fe Grande tergolong dalam kumpulan New Mexico chile, yang merupakan varieti cili dari negeri New Mexico di Amerika Syarikat. Namanya diambil semperna nama ibu negeri New Mexico iaitu Santa Fe yang terkenal dengan warisan budaya dan masakan pedasnya.
Cili Santa Fe Grande mudah ditanam dan sesuai untuk iklim tropika seperti di Malaysia. Ia memerlukan cahaya matahari penuh dan tanah yang subur serta bersaliran baik. Pokok Cili Santa Fe Grande boleh mencapai ketinggian sehingga kira-kira 60 cm tinggi dan Ia merupakan varieti yang sangat prolifik serta tahan terhadap penyakit seperti virus mozek. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk penanaman di laman rumah atau kebun kecil.
Ciri-Ciri Pokok dan Buah
Jenis: Capsicum annuum
Ketinggian pokok: tumbuh sehingga sekitar 60 cm tinggi
Lebar pokok: Boleh mencapai 45cm hingga 60 cm lebar
Tempoh matang: 75 - 90 hari selepas benih bercambah
Ciri Buah: Buah berbentuk konikal dan runcing dan berdinding tebal
Warna buah: Kuning pucat → Jingga terang → Merah menyala
Saiz Buah: Sekitar 4 hingga 8 cm (Panjang) dan 2 hingga 3 cm (Lebar)
Tahap Kepedasan: 500–700 SHU (rendah) kepedasan meningkat apabila buah dibiarkan lebih lama pada pokok.
Kegunaan: Sesuai untuk jeruk, tumisan, salsa, dan hiasan makanan
Rasa Mengikut Tahap Kematangan
Kuning pucat (belum matang)
Rasa: ringan, segar, sedikit tangy.
Kegunaan: sesuai untuk salad, salsa segar, atau jeruk ringan kerana memberikan keseimbangan antara masam dan manis.
Jingga (separuh matang)
Rasa: lebih kompleks; manis ringan dengan nota hangat dan sedikit kepedasan.
Kegunaan: baik untuk sos yang memerlukan warna dan rasa yang seimbang, atau dimasak ringkas dalam tumisan.
Merah (matang penuh)
Rasa: lebih manis dan lebih pedas; rasa lebih penuh dan hangat.
Kegunaan: sesuai untuk sos pekat, sambal, atau resipi yang memerlukan rasa kepedasan dan kemanisan semula jadi.
.jpg)















