SHU (Scoville Heat Unit) (Unit Kepedasan Scoville) adalah unit ukuran yang digunakan untuk mengukur tahap kepedasan cili atau produk berasaskan cili.
Skala Scoville dinamakan sempena ahli farmasi Amerika, Wilbur Scoville yang mencipta ujian untuk mengukur kepedasan cili yang dikenali sebagai Ujian Organoleptik Scoville pada tahun 1912.
Ukuran tahap kepedasan cili adalah berdasarkan pada kepekatan kandungan kapsaisin (capsaicin) yang terdapat pada cili. Kapaisin (capsaicin) adalah sebatian yang menghasilkan rasa pedas dan sensasi haba pada cili. Semakin tinggi kepekatan kapaisin (capsaicin) maka akan semakin tinggi kepedasan cili serta semakin tinggi sensasi haba dan semakin semakin tinggi bacaan SHU.