Terung Black Beauty mula diperkenalkan oleh W. Atlee Burpee & Company di Amerika Syarikat pada tahun 1902 melalui katalog benih mereka. Ia dipasarkan sebagai varieti baharu yang lebih besar dan matang lebih awal berbanding varieti lain ketika itu. Sejak itu, Black Beauty terus menjadi varieti heirloom yang kekal relevan hingga kini.
Terung Black Beauty dianggap sebagai varieti klasik yang paling popular di dunia dan ia juga merupakan varieti yang paling dikenali dalam kumpulan terung globe. Variety ini digemari kerana bentuknya yang bujur, kulit ungu gelap berkilat, serta rasa yang lembut berkrim dan sedikit manis. Selain itu Ia juga digemari oleh pekebun rumah kerana variety ini berpotensi mengeluarkan hasil yang tinggi dan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap penyakit.
Berikut adalah ciri-ciri Terung Black Beauty:
Bentuk & Warna: Buah berbentuk bujur dengan kulit ungu gelap berkilat.
Saiz: Buah biasanya panjang sekitar 10 – 12cm dan lebar sekitar 6 – 9 cm.
Isi: Bertekstur lembut, agak berongga, dan menyerupai span. Ini menjadikannya mudah menyerap minyak, kuah, atau rempah ketika dimasak.
Rasa: Rasanya lebih berkrim dan sedikit manis, sesuai untuk masakan berkuah atau dibakar.
Kegunaan: Sesuai untuk masakan berkuah, panggang, atau goreng kerana sifatnya yang menyerap rasa dengan baik. Terung Black Beauty banyak digunakan dalam masakan Itali dan Timur Tengah, seperti parmigiana, ratatouille, dan hidangan berkuah kerana sifatnya yang menyerap rasa dengan baik.
Berikut adalah Garis Masa Sejarah Terung Black Beauty:
Awal 1900-an: Varieti Black Beauty mula diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia cepat mendapat perhatian kerana saiz buahnya yang ideal, kulitnya berwarna ungu gelap berkilat, dan isi berkrim serta sedikit manis.
1920–1950-an: Menjadi varieti utama di kebun rumah dan ladang kecil kerana sangat produktif dan sesuai dengan pelbagai iklim.
1960–1980-an: Populariti terus meningkat; digunakan secara meluas dalam masakan Itali, Mediterranean, dan Timur Tengah. Hidangan seperti eggplant parmigiana dan ratatouille telah memperkukuh kedudukan Black Beauty sebagai varieti terung yang penting dalam tradisi kulinari Mediterranean dan Barat.
1990–2000-an: Walaupun muncul banyak varieti moden, Black Beauty kekal sebagai pilihan klasik kerana saiz dan rasanya yang konsisten.
Kini (abad ke-21): Varieti Black Beauty masih dianggap sebagai varieti “standard” bagi kategori terung globe. Saiz, bentuk, dan teksturnya sering dijadikan penanda aras untuk membandingkan varieti lain. Setiap kali muncul varieti baharu, biasanya ia dibandingkan dengan Black Beauty dari segi produktiviti, rasa, dan ketahanan.
Terung Black Beauty ialah varieti klasik yang telah bertahan lebih daripada satu abad kerana gabungan saiz buahnya yang ideal, rasa berkrim, dan kemampuan menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim. Ini menjadikannya pilihan utama pekebun rumah dan penggemar masakan. ia terus relevan dalam pelbagai hidangan tradisional mahupun moden. Sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1902, Black Beauty kekal sebagai salah satu varieti terung heirloom yang paling popular dalam sejarah pertanian dan kulinari.
Semua Post Yang Berkaitan: Terung Black Beauty