Benih Heirloom (Heirloom Seeds)


Istilah “Heirloom” (Pusaka) bagi tumbuhan adalah varieti tumbuhan yang telah wujud lebih dari 50 tahun. Ada juga pendapat yang menyatakan untuk sesuatu varieti tumbuhan di kategorikan sebagai heirloom, varieti tersebut mestilah telah wujud sekurangnya 100 tahun. Selain itu ada juga pendapat yang menyatakan hanya varieti tumbuhan yang telah wujud sebelum penghujung perang dunia kedua iaitu sebelum tahun 1951 layak di kategorikan sebagai heirloom. 

Walaupun terdapat perbezaan pendapat dan tiada garis panduan yang jelas yang menetapkan tentang jangkamasa kewujudan sesuatu varieti untuk layak di klasfikasikan sebagai varieti heirloom, Kebanyakan pakar bersetuju bahawa varieti tumbuhan yang telah wujud sekurang-kurangnya 50 tahun layak di kategorikan sebagai varieti heirloom.

Varieti heirloom ini dihargai kerana keenakan dan rasanya yang jauh lebih enak berbanding dengan varieti lain sehingga petani-petani terdahulu menyimpan benih ini dan menurunkannya dari satu generasi ke generasi yang lain, sama ada dalam keluarga atau komuniti untuk memastikan varieti unik ini kekal untuk tahun-tahun mendatang.

Benih heirloom berbeza dengan benih hibrid di mana tumbuhan heirloom akan menghasilkan benih tumbuhan yang sama dengan varieti tumbuhan induk selagi tidak berlaku pendebungaan silang dengan varieti lain. 

Benih Heirloom menghasilkan varieti tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas yang sama dengan tumbuhan induknya. Ciri-ciri khas tersebut adalah terdiri daripada kualiti, rasa, ketahanan, saiz, bentuk dan produktiviti tumbuhan. 

Semua vareiti tumbuhan heirloom adalah di debungakan secara terbuka di mana proses pendebungaan adalah melalui burung, angin, atau serangga. Namun begitu bukan semua varieti tumbuhan yang di debungakan secara terbuka adalah varieti heirloom.