Semera Agro Farm Kini Mengeluarkan Benih Tanaman Jenama Sendiri - 29 Sept 2024

 

Benih Tanaman Semera Agro Farm

Semera Agro Farm kini mula mengeluarkan benih tanaman dengan jenama sendiri iaitu Semera Agro Farm. Sebelum ini kami mengeluarkan benih tanaman dengan jenama Borneo Seeds yang khusus untuk pekebun hobi dan pekebun rumah. Oleh kerana ramai yang dah kenal dan suka dengan kualitinya maka benih Borneo Seeds masih diteruskan seperti biasa.

Benih jenama Semera Agro Farm Ini adalah satu langkah baru untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelangan. Berdasarkan permintaan dan keperluan pelangan kami sediakan dua pilihan pembungkusan:

Pack kecil – sesuai untuk pekebun hobi atau yang baru nak cuba tanam.

Pack besar – khas untuk pengusaha kebun kecil yang perlukan lebih banyak benih.

Dengan adanya pilihan ini, kami berharap agar ianya dapat memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan dengan lebih efektif.

Benih-benih yang dikeluarkan adalah daripada koleksi tanaman eksklusif Semera Agro Farm yang terdiri daripada varieti hibrid dan heirloom. Sebagai permulaan, kami memperkenalkan tiga jenis benih utama di bawah jenama baharu ini:

Terung Asam – Sayuran eksotik yang semakin mendapat perhatian kerana rasa unik dan nilai pasaran yang tinggi. 

 

Cili Geronong – Varieti cili yang terkenal dengan aroma dan kepedasan tersendiri.

 

Bendi Bintang Daud (Bendi Arab) – Varieti bendi yang mempunyai bentuk menarik dan sesuai untuk pasaran premium.

 

Semera Agro Farm kini dalam proses mengeluarkan pelbagai jenis benih secara berperingkat, selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan pelbagai pilihan tanaman yang terdiri dari pelbagai varieti unik yang berkualiti dan relevan kepada semua lapisan pekebun. Untuk maklumat terkini mengenai keluaran benih baharu, tip penanaman dan aktiviti ladang kami, ikuti Semera Agro Farm di semua saluran media sosial rasmi.

Terima kasih atas sokongan anda.