Benih Bendi Bintang Daud (Star Of David Okra)
Benih Terung Asam / Terung Dayak / Sour Eggplant
Kedai Online Semera Agro Farm di Shopee Dan Lazada Mula Beroperasi - Okt 2024
Semera Agro Farm dengan bangganya mengumumkan satu pencapaian penting dalam perjalanan perniagaan kami. Bermula Oktober 2024, kami telah membuka kedai online dan mula menjual secara rasmi di dua platform e-dagang utama Malaysia iaitu Shopee dan Lazada. Langkah ini menandakan permulaan era baharu buat kami dalam memperluaskan capaian produk kami kepada pelanggan di seluruh negara, hanya dengan beberapa klik.
Untuk permulaan kami hanya memfokuskan untuk memasarkan produk benih tanaman terlebih dahulu sebelum menambah produk-produk serta hasil pertanian lain yang sesuai di pasarkan melalui platform online.
Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke kedai online kami. Klik pautan di bawah untuk ke kedai online kami:
Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Semera Agro Farm akan terus berusaha untuk menjadi pilihan utama anda dalam produk pertanian serta hasil petanian yang segar dan berkualiti tinggi.
Benih Cili Geronong
Semera Agro Farm Kini Mengeluarkan Benih Tanaman Jenama Sendiri - 29 Sept 2024
Semera Agro Farm kini mula mengeluarkan benih tanaman dengan jenama sendiri iaitu Semera Agro Farm. Sebelum ini kami mengeluarkan benih tanaman dengan jenama Borneo Seeds yang khusus untuk pekebun hobi dan pekebun rumah. Oleh kerana ramai yang dah kenal dan suka dengan kualitinya maka benih Borneo Seeds masih diteruskan seperti biasa.
Benih jenama Semera Agro Farm Ini adalah satu langkah baru untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelangan. Berdasarkan permintaan dan keperluan pelangan kami sediakan dua pilihan pembungkusan:
Pack kecil – sesuai untuk pekebun hobi atau yang baru nak cuba tanam.
Pack besar – khas untuk pengusaha kebun kecil yang perlukan lebih banyak benih.
Dengan adanya pilihan ini, kami berharap agar ianya dapat memenuhi keperluan pelbagai segmen pelanggan dengan lebih efektif.
Benih-benih yang dikeluarkan adalah daripada koleksi tanaman eksklusif Semera Agro Farm yang terdiri daripada varieti hibrid dan heirloom. Sebagai permulaan, kami memperkenalkan tiga jenis benih utama di bawah jenama baharu ini:
Terung Asam – Sayuran eksotik yang semakin mendapat perhatian kerana rasa unik dan nilai pasaran yang tinggi.
Cili Geronong – Varieti cili yang terkenal dengan aroma dan kepedasan tersendiri.
Bendi Bintang Daud (Bendi Arab) – Varieti bendi yang mempunyai bentuk menarik dan sesuai untuk pasaran premium.
Semera Agro Farm kini dalam proses mengeluarkan pelbagai jenis benih secara berperingkat, selaras dengan komitmen kami untuk menyediakan pelbagai pilihan tanaman yang terdiri dari pelbagai varieti unik yang berkualiti dan relevan kepada semua lapisan pekebun. Untuk maklumat terkini mengenai keluaran benih baharu, tip penanaman dan aktiviti ladang kami, ikuti Semera Agro Farm di semua saluran media sosial rasmi.
Terima kasih atas sokongan anda.
Bendi Clemson Spineless
Bendi Clemson Spineless adalah varieti bendi heirloom yang di bangunkan oleh jabatan penyelidikan hortikultur Universiti Clemsson di Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Varieti ini mula diperkenalkan pada tahun 1939 dan memenangi anugerah AAS (All-American Selection) pada tahun yang sama.
Walaupun nama “Spineless” pada varieti ini bermaksud tiada duri miang. Namun varieti ini tetap memiliki sedikit duri miang. Duri miang pada varieti ini adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan kebanyakan varieti bendi lain. Duri miang yang sedikit pada varieti ini memudahkan kerja menuai dan menjadikan varieti ini sesuai ditanam oleh individu yang mempunyai masalah alahan miang bendi.
Bendi Clemson Spineless adalah bendi bersaiz pendek dengan panjang antara 6 hingga 8 cm ketika di petik. Walaupun panjang bendi clemson spineless boleh mencapai 16 cm namun untuk mendapatkan bendi yang lembut dengan rasa yang terbaik. Bendi Clemson Spineless harus dituai sebelum panjang bendi melebihi 8 cm. Ini kerana bendi Clemson Spineless akan mula mengeras ketika panjang bendi telah melebihi 8 cm.
Clemson Spineless adalah bendi yang agak lembut dengan rasanya yang tersendiri. Ianya sesuai untuk di buat sup, direbus, digoreng, dibakar serta sesuai untuk ditinkan.
















