Benih Cili Wiri Wiri (Cili Padi Bulat)

 

Benih Cili Wiri Wiri (Cili Padi Bulat)

Cili Wiri Wiri adalah varieti cili yang berasal dari Guyana iaitu sebuah negara kecil yang terletak di pantai utara Amerika Selatan. Nama "Wiri Wiri" adalah berasal daripada bahasa Creole Guyana yang bermaksud sesuatu yang kecil dan lincah. Untuk Malkumat lanjut mengenai varieti cili ini sila rujuk Blog Post: Cili Wiri Wiri / Cili Padi Bulat.

 Saiz Paket:

20 Biji Benih
 

100 Biji Benih
 

 

 

Cili Wiri Wiri / Cili Padi Bulat


Cili Wiri Wiri adalah varieti cili yang berasal dari Guyana iaitu sebuah negara kecil yang terletak di pantai utara Amerika Selatan. Nama "Wiri Wiri" adalah berasal daripada bahasa Creole Guyana yang bermaksud sesuatu yang kecil dan lincah.

Cili berbentuk beri ini berukuran lebih kurang 12mm ke13mm. Cili tumbuh tegak ke atas dan bertukar dari warna hijau, kepada oren dan seterusnya kepada merah apabila ia telah matang. Tahap kepedasannya menyamai tahap kepedasan cili habanero iaitu antara100,000 SHU hingga 350,000 SHU (Unit Haba Scoville) Terdapat juga sumber lain yang menyatakan tahap kepedasan Cili Wiri Wiri adalah hanya antara 60,000 SHU hingga 200,000 SHU. Cili Wiri Wiri mempunyai rasanya yang unik dan tersendiri iaitu sedikit berasap (smoky) dan sedikit manis, yang menjadikannya sesuai untuk membuat sos pedas, sos pencicah, untuk perapan dan untuk hidangan tradisional Caribbean.

Cili Wiri Wiri tumbuh subur dalam iklim tropika yang panas dan lembap dan memerlukan cahaya matahari yang penuh untuk pertumbuhan yang optimum dan menghasilkan cili yang berwarna merah terang.