TikTok Shop Semera Agro Farm Telah Beroperasi – Mac 2025

TikTok Shop Semera Agro Farm

Selepas beberapa bulan persiapan, kini kami dengan bangga mengumumkan bahawa TikTok Shop Semera Agro Farm telah beroperasi secara rasmi bermula 7 Mac 2025. Ini adalah satu lagi pencapaian penting selepas kejayaan membuka kedai di Shopee pada tahun 2024. Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke kedai Tiktok kami. Klik pautan di bawah untuk ke kedai TikTok kami:

Kedai TikTok Semera Agro Farm

Dalam masa yang sama kami menjemputi anda untuk mengikuti kami di TikTok: Semera Agro Farm supaya anda tidak terlepas perkongsian bermanfaat dan kandungan eksklusif kami.   

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan. Semera Agro Farm akan terus memperluas rangkaian produk pertanian kami, serta menyediakan lebih banyak hasil tani yang segar dan bermutu tinggi untuk anda.


 

Benih Cili Hot Beads (Cili Padi Turki)

 

Benih Cili Hot Beads (Cili Padi Turki)

Benih Cili Hot Beads (Cili Padi Turki)

Cili Hot Beads atau dikenali sebagai cili padi turki adalah varieti cili yang berasal dari Turki. Cili ini mempunyai rasa cili yang unik dan tersendiri dengan tahap kepedasannya boleh mencapai sehingga 100,000 SHU (Scoville Heat Unit) (Unit Kepedasan Scoville).

Pokok bersaiz kecil dan sangat produktif serta mempunyai daya tahan penyakit yang agak baik dan sesuai untuk dijadikan bonsai dan ditanam di dalam pasu.

 

Saiz Paket:
 
Benih Cili Hot Beads (Cili Padi Turki) 30 Biji Benih
30 Biji Benih


Benih Cili Hot Beads (Cili Padi Turki) 120 Biji Benih
120 Biji Benih


Benih Bendi Clemson Spineless

 

Clemson Spineless
Benih Bendi Clemson Spineless


Percambahan: 7 - 14 Hari
Mula Berbunga: 45 Hari setelah tanam 
Tuaian: 55 - 65  Hari setelah tanam
Ukuran Bendi: 6 - 8 cm panjang X 2 cm lebar. 

Walaupun panjang bendi Clemson Spineless boleh mencapai 16 cm namun untuk mendapatkan bendi yang lembut dengan rasa yang terbaik. Bendi Clemson Spineless harus dituai sebelum panjang bendi melebihi 8 cm. Ini kerana bendi Clemson Spineless akan mula mengeras ketika panjang bendi telah melebihi 8 cm. Untuk maklumat lanjut mengenai bendi Clemson Spineless sila rujuk blogpost : Bendi Clemson Spineless

 

Saiz Paket:
 
25 Biji Benih


100 Biji Benih