Bendi Clemson Spineless adalah varieti bendi heirloom yang di bangunkan oleh jabatan penyelidikan hortikultur Universiti Clemsson di Carolina Selatan, Amerika Syarikat. Varieti ini mula diperkenalkan pada tahun 1939 dan memenangi anugerah AAS (All-American Selection) pada tahun yang sama.
Walaupun nama “Spineless” pada varieti ini bermaksud tiada duri miang. Namun varieti ini tetap memiliki sedikit duri miang. Duri miang pada varieti ini adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan kebanyakan varieti bendi lain. Duri miang yang sedikit pada varieti ini memudahkan kerja menuai dan menjadikan varieti ini sesuai ditanam oleh individu yang mempunyai masalah alahan miang bendi.
Bendi Clemson Spineless adalah bendi bersaiz pendek dengan panjang antara 6 hingga 8 cm ketika di petik. Walaupun panjang bendi clemson spineless boleh mencapai 16 cm namun untuk mendapatkan bendi yang lembut dengan rasa yang terbaik. Bendi Clemson Spineless harus dituai sebelum panjang bendi melebihi 8 cm. Ini kerana bendi Clemson Spineless akan mula mengeras ketika panjang bendi telah melebihi 8 cm.
Clemson Spineless adalah bendi yang agak lembut dengan rasanya yang tersendiri. Ianya sesuai untuk di buat sup, direbus, digoreng, dibakar serta sesuai untuk ditinkan.