Benih Hibrid F1

Benih F1 Hibrid

Benih hibrid F1 dihasilkan melalui pembiakan terpilih tumbuhan melalui pendebungaan silang antara dua pokok induk dari varieti yang berbeza. Istilah F1 adalah singkatan untuk Filial 1 "Generasi Pertama".

Pendebungaan silang antara dua pokok induk yang terdiri dari varieti berbeza adalah bertujuan untuk menyerlahkan ciri induk dan mendapatkan ciri-ciri tumbuhan yang diingini seperti ; produktiviti yang lebih tinggi, rasa buah yang enak, kematangan awal, toleransi terhadap tekanan akibat perubahan cuaca dan persekitaraan, rintangan penyakit dan pelbagai lagi ciri-ciri yang lain.  

Benih hibrid F1 merupakan salah satu penyumbang utama kepada peningkatan dramatik pengeluaran hasil pertanian pada penghujung separuh terakhir abad ke-20 (1951 - 2000). Ini adalah disebabkan oleh kadar produktiviti yang tinggi tumbuhan hibrid F1 disamping memiliki daya tahan tahan penyakit yang lebih kuat serta memiliki pelbagai ciri-ciri yang sesuai untuk pertanian skala besar. 

Benih hibrid F1 adalah berbeza dengan benih heirloom dimana pendebungaan antara tumbuhan hibrid F1 tidak akan menghasilkan varieti tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas yang sama sepenuhnya dengan tumbuhan induknya. Pendebungaan antara tumbuhan hibrid F1 akan menghasilkan benih hibrid F2 (generasi kedua).

Varieti tumbuhan dari Benih F2 (generasi kedua) adalah tidak seragam iaitu terdiri daripada pelbagai varieti dan tidak mempunyai ciri-ciri yang diingini secara konsisten seperti Benih F1.


Benih hibrid f1 & f2