Semera Agro Farm mengeluarkan benih tanaman dengan jenama Borneo Seeds - Jun 2022

 

Semera Agro Farm kini mengeluarkan benih tanaman dengan jenama Borneo Seeds. Benih tanaman Borneo Seeds terdiri daripada pelbagai jenis tanaman yang terdiri dari pelbagai variety heirloom dan hybrid yang unik. 
Benih Borneo Seeds dikeluarkan khusus untuk pekebun rumah dan pekebun hobi, Ia juga sesuai untuk pekebun kecil. Benih Borneo Seeds merupakan pilihan terbaik bagi pekebun rumah dan kebun hobi kerana hasil yang dikeluarkan mempunyai kelebihan dari segi rasa, aroma dan tekstur berbanding varieti komersial biasa. Ia berpotensi untuk mengeluarkan hasil yang berkualiti premium sekiranya di jaga dengan baik. 
 
Kami akan mengeluarkan pelbagai jenis benih tanaman dari koleksi tanaman kami secara berperingkat. Antara benih awal yang ditawarkan Adalah Benih Cili Geronong Sarawak. 
 
Benih Cili Geronong Borneo Seeds

Untuk melihat koleksi benih terkini serta maklumat lanjut mengenai benih Borneo Seeds sila ke: Blog Borneo Seeds