Benih Heirloom (Heirloom Seeds)


Istilah “Heirloom” (Pusaka) bagi tumbuhan adalah varieti tumbuhan yang telah wujud lebih dari 50 tahun. Ada juga pendapat yang menyatakan untuk sesuatu varieti tumbuhan di kategorikan sebagai heirloom, varieti tersebut mestilah telah wujud sekurangnya 100 tahun. Selain itu ada juga pendapat yang menyatakan hanya varieti tumbuhan yang telah wujud sebelum penghujung perang dunia kedua iaitu sebelum tahun 1951 layak di kategorikan sebagai heirloom. 

Walaupun terdapat perbezaan pendapat dan tiada garis panduan yang jelas yang menetapkan tentang jangkamasa kewujudan sesuatu varieti untuk layak di klasfikasikan sebagai varieti heirloom, Kebanyakan pakar bersetuju bahawa varieti tumbuhan yang telah wujud sekurang-kurangnya 50 tahun layak di kategorikan sebagai varieti heirloom.

Varieti heirloom ini dihargai kerana keenakan dan rasanya yang jauh lebih enak berbanding dengan varieti lain sehingga petani-petani terdahulu menyimpan benih ini dan menurunkannya dari satu generasi ke generasi yang lain, sama ada dalam keluarga atau komuniti untuk memastikan varieti unik ini kekal untuk tahun-tahun mendatang.

Benih heirloom berbeza dengan benih hibrid di mana tumbuhan heirloom akan menghasilkan benih tumbuhan yang sama dengan varieti tumbuhan induk selagi tidak berlaku pendebungaan silang dengan varieti lain. 

Benih Heirloom menghasilkan varieti tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas yang sama dengan tumbuhan induknya. Ciri-ciri khas tersebut adalah terdiri daripada kualiti, rasa, ketahanan, saiz, bentuk dan produktiviti tumbuhan. 

Semua vareiti tumbuhan heirloom adalah di debungakan secara terbuka di mana proses pendebungaan adalah melalui burung, angin, atau serangga. Namun begitu bukan semua varieti tumbuhan yang di debungakan secara terbuka adalah varieti heirloom.

Matlamat Pembinaan Web Blog Semera Agro Farm

Web blog ini adalah gabungan antara laman web dan blog milik Semera Agro Farm. Tujuan web blog ini dibina adalah untuk menjadi salah satu saluran bagi kami menyalurkan informasi berkaitan perniagaan agro kami terutamanya berkenaan dengan produk, hasil pertanian dan aktiviti harian kami. Dalam masa yang sama blog ini juga berfungsi sebagai salah satu saluran untuk kami berkongsi tentang pengalaman, pengetahuan, penemuan, pandangan, pendapat, idea, tips dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Kami berharap melalui web blog ini, pengunjung akan mendapat informasi yang tepat berkaitan produk, hasil pertanian dan perniagaan kami. Disamping itu, kami juga berharap agar segala perkongsian tentang pengalaman, pengetahuan, penemuan, pandangan, pendapat, idea, tips dan pelbagai perkara yang berkaitan di blog ini dapat memberi manafaat kepada pengunjung.

Kami menjemput anda untuk mengikuti kami di semua saluran media sosial Semera Agro Farm untuk memastikan anda sentiasa mendapatkan informasi terkini dari kami dan terus kekal berhubung bersama kami.